KayKaySaja

My Heart Says

ad

Mari berkahwin dengan orang Selangor!!!!

Is this real????... i heard about mas kahwin increment in Selangor beginning January 1st 2010. from RM 80 to RM 300. I was surfing around and found the article in Mstar online.

Mas Kahwin Selangor dinaik Kepada RM 300

Is it real the Mas Kahwin is included with "wang hantaran"? For real?

I dont have confidence in this. RM1000 would sound reasonable for this. I mean to implement Wang Hantaran+Mas Kahwin. Even I am against the normal culture for high "wang hantaran", but I guess combining both for RM300 would be a bit unreasonable. At least let the groom sacrifice and appreciate the relation ship more. But never ever put the future in stake by putting it too expensive. Never ever let a sacred marriage looks like a burden.

Bored at Home..........

Feel bored and come accross this news...:

Ikut Cakap Tok Guru Nik Aziz

Wondering........ im getting older... of course i will settle down one find day.... darling, sure the time will come for us. :)

Balek Kampung

Terima kasih buat bos aku yang approve cuti aku yang panjang........

Aku telah tinggalkan dunia IT buat sementara waktu. Babai mouse cantek.. babai Citrix, VMware, Windows, Fesbuk, Mozilla, GMael dan laptopku. Aku perlu balek ke alam semulajadi yang indah dan alam manual.

Indahnya alam.... sawah bendang ini banyak jasanya kepada keluarga aku

Setiap biji nasi itu ibarat setitik peluh petani....

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baek buat ayahandaku...



Looking forward for my next holiday. Yes, I prefer enjoying my free time with my parent.

note: kualiti gambar yang agak menyedihkan sebab setting kamera henpon aku kot.. dulu cantek...

Jangan buat panggilan palsu 999

Aritu kan........

Aku call la 999, sebab ada kecemasan. Yang angkat call tu awek. "Cik, cik bawak bertenang yer, boleh saya tahu nama encik...." suara sedap. Aku pun bagitau la nama aku kat dia sambil berkenalan dan bertukar no telefon dan bagi detail yang dia nak. “Baik ya encik, nanti saya sambungkan dengan Balai Polis Alor Setar” sedap suara, bolehla la masuk AF. Kemudian aku pun tunggu beberapa ketika tapi xda orang angkat. Kemudian awek tu cakap, “Cik, nanti kita akan hubungi nombor telefon encik ya”. Aku pun blur sekejap.


Memandangkan situasi yang semakin genting, aku pun call sekali lagi. Awek lain pulak angkat. Kemudian awek tu pun bagitau benda yang sama. Depa akan contact aku balik. Namun awek2 tu tak call aku balik pun. Damn… adakah aku makin xhensem? Atau kena mandi bunga?


Setelah keadaan reda, aku menghantar mangsa ke hospital. Suprisingly, sejam kemudian telefon aku berbunyi. Aku angkat dan ada seorang lelaki cakap. “Saya dari balai polis Kuala Kedah. Cik, macam mana keadaan xxxxx tadi?” Secara sepontan terkeluaq dari mulut aku. “Saya dah on the way ke hospital. Dah sejam kami tunggu, ini baru nak talipon? Bodo betoi..” Lepas letak telefon tu baru aku tersedar yang aku bercakap dengan polis.


Apa yang aku cuba nyatakan di sini adalah kemusykilan aku tentang keberkesanan talian 999. Aku menghargai pengorbanan anggota keselamatan menjaga negara kita selama. Tapi ini kali pertama aku menghadapi situasi kecemasan dan menggunakan talian 999 tu. Aku menjadi saksi keberkesanan khidmat talian 999. Adakah talian itu menghadapi masalah pada malam itu saja? Adakah pihak polis betul betul “Bersih, Cekap, Amanah” seperti papan tanda yang diletakkan di setiap pelusuk negara?


Aku bukannya prejudis, cuba menimbulkan provokasi atau menyebar fitnah. Aku cuma nak kongsi pengalaman aku sebagai seorang pengguna khidmat 999. Mungkin staff yang bertugas sudah cuba yang terbaik untuk membantu aku.


Alhamdulillah, semuanya selesai dengan aman walaupun agak situasi malam itu agak menakutkan. Tapi cuba bayangkan, dalam masa sejam tu, macam-macam perkara boleh jadi. Kesimpulan dari cerita ini, pihak berkuasa silalah tambahkan produktiviti anda. Jangan cerita soal pengorbanan tapi anggota lain yang teruk bekorban, awak tu tumpang nama saja. Bila bab bonus, elaun, berdengung2 mintak tambah elaun, mintak bonus.


Semua orang bekorban dengan cara tersendiri. Aku pun bekorban untuk negara. Aku mengerah tulang empat kerat demi menjana ekonomi negara. Setiap kerjaya mesti ada pengorbanan sendiri. Tapi buat kerja betul2 la. Ini ditujukan untuk si polan yang mengambil masa sejam untuk call aku balek malam tu. Kepada rakyat Malaysia yang gigih bekerja dan bekorban untuk negara, teruskan usaha anda.


p/s: terima kasih buat staff wad/unit kecemasan Hospital Besar Alor Setar kerana sangat efisien dan mesra pesakit (xkan pelanggan pulak kan?). Mereka memang sangat komited. Great job guys. :)

ad

Followers