KayKaySaja

My Heart Says

ad

Boring : Sapa nak berjudi???

Cerita politik dah makin semak la..... orang politik kat Malaysia ni dah takda kerja lain dah ka? Judi pun nak jadi berita besar. Macam nak gadai negara dah. Poodah!!! Sikit2 nak buat demonstrasi. Lepas tu nak pi demo, cari jalan tengah2 Kuala Lumpur. Jalan tutup, jem sekampung... Menyusahkan orang.. Pelancong pun lari.... Kalau dah anti judi sangat pergi la bawak penggemar demonstrasi tu berbas2 pi ke Genting Highland. Awat tak berani pulak? Lepas tu duk jaja parti, persatuan dan budi pekerti masing2. Yang pulun sangat nak demonstrasi tu pak2 lebai pulak. Adoi... hangpa tu boleh berjudi ka? Ada kaitan dengan judi? Yes, Islam haramkan umatnya berjudi full stop. Itu tanya anak buah aku pun dia kata "berdose, nanti Tuhan marah." Tapi lesen tu untuk orang Islam berjudikah???

Aku terus terasa terbakar bila baca berita kat Malaysiakini:

Judi sukan: Rais jadikan Cina kambing hitam

Apa beza kalau ada lesen dengan tiada lesen Judi bola sepak itu? adakah masyarakat Cina/non muslim lain (ntah2 Melayu pun ada jugak) tidak berjudi??? - bukan semua ya... sebilangan yang established gambler sahaja. Apakah signifikan dengan mengadakan lesen judi bola sepak?

Pihak media, blogger dan masyarakat, mintak tolong jangan guna "menghalalkan" judi. Pelik betul bunyi tu macam makanan halal pulak bunyinya. Aku prefer "membenarkan" walaupun aku rasa dengan adanya lesen itu, orang berjudi dengan "beradab". Macam lesen memandu. Kalau lesen memandu itu tidak wujud, aku rasa orang ramai masih boleh memandu kenderaan. Betul tak? Bila dah ada lesen, ada undang-undang, peraturan yang mesti dipatuhi. Baru memandu dengan adab2 yang ditentukan. Kalau masih ada yang memandu tanpa lesen, tangkap dan dakwa. Kalau dah gelap, bawak kereta laju dan tak mau berhenti lagi, silap2 boleh kena tembak dengan polis. Haa.... takot woooo....

Berbalik kepada cerita lesen judi. Yang puak2 Melayu dan Islam tergedik2 sangat membesarkan isu judi ini sebab apa? Aku tengok yang duk protes tu banyak yang Islam dari bukan Islam. Melenting tak tentu arah. Bukan kerajaan memberi label "Dijamin Halal" untuk umat Islam berjudi pun. Itu hanya untuk orang bukan Islam berjudi. Itu pun kalau mereka nak berjudi la. Betul, bukan semua Cina/India/Iban/Kadazan berjudi. Jadi, yang tak berjudi tu tak payah la nak berjudi. Bukan kerajaan paksa untuk mereka berjudi pun.

Kalau macam Kelantan yang dah memang xda pusat judi atau Magnum, Sport Toto dan suku sakat yang lain. Make sense la kalau nak bangkang sebab negeri itu bersih dari judi yang legal. Kalau sabung ayam, judi online tu lain la. Itu illegal. Boleh kena tangkap masuk penjara. Kalau orang beragama Islam yang buat, tunggu la hukuman di akhirat nanti. Kalau Lim Guan Eng betul tak suka judi, do something to close Sport Toto, Magnum dan juga kasino di Genting (bukan Genting theme park, situ ada solero shot. best... ) Buktikan kepada masyarakat kebencian dan kejelekan anda dengan amalan berjudi. Bawak pengikut anti-judi pergi Genting Highland, buat demonstrasi. Bawak pengikut2 taksub anda buat tunjuk perasaan depan Sport Toto, Magnum setiap hari. Pasti memberi impak terus menerus apabila kaki judi tak berani nak mendekati outlet judi tersebut, tokey outlet tak berani nak bukak kedai judi dan seterusnya mendidik masyarakat bahawa judi itu jelek. Itu baru keikhlasan. Itu baru tunjuk perasaan rakyat. Ini yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


Polemik politik murahan sebenarnya tidak akan membawa kemajuan negara langsung. Bukan aku kata judi itu membawa kemajuan. Tidak, tetapi menjadikan lesen judi sebagai satu isu negara dan mengheret rakyat marhaen ke kancah perdebatan isu ini langsung tidak membawa sebarang sumbangan kepada kemajuan negara. Aku rasa masih banyak perkara pokok yang boleh dibincangkan bagi memperjuangkan nasib rakyat yang betul betul memerlukan. Isu ke mana arah ekonomi negara, keterbukaan pasaran dunia, pengapungan nilai ringgit, masa depan industri kecil dan besar negara, dan cabaran dasar globalisasi dunia yang mungkin tak dapat difahami seluruh pelusuk rakyat, tetapi apabila perkara2 ini dihangatkan, ia pasti membuka minda masyarakat seterusnya membawa suatu peradaban baru dalam masyarakat Malaysia. Mak cik, pak cik, atok, rempit, budak U, budak xU dan budak2 semua akan mendapat informasi yang lebih berfaedah berbanding drama politik yang jumud.

Adakah isu pokok yang menjadi tunjang generasi masa hadapan ini tidak sensasi? siapa yang mensensasikan sesuatu isu itu? tepuk dada tanya selera. Ke mana Malaysia yang dulunya gah dengan projek mega? pejuang negara membangun dan dunia ketiga? Mana?

Jangan sampai politik murahan menjadi candu kepada masyarakat lagi. Berubahlah sebelum terlambat. Dunia masih luas di luar sana.
ad

Followers