KayKaySaja

My Heart Says

ad

Mari berkahwin dengan orang Selangor!!!!

Is this real????... i heard about mas kahwin increment in Selangor beginning January 1st 2010. from RM 80 to RM 300. I was surfing around and found the article in Mstar online.

Mas Kahwin Selangor dinaik Kepada RM 300

Is it real the Mas Kahwin is included with "wang hantaran"? For real?

I dont have confidence in this. RM1000 would sound reasonable for this. I mean to implement Wang Hantaran+Mas Kahwin. Even I am against the normal culture for high "wang hantaran", but I guess combining both for RM300 would be a bit unreasonable. At least let the groom sacrifice and appreciate the relation ship more. But never ever put the future in stake by putting it too expensive. Never ever let a sacred marriage looks like a burden.

Bored at Home..........

Feel bored and come accross this news...:

Ikut Cakap Tok Guru Nik Aziz

Wondering........ im getting older... of course i will settle down one find day.... darling, sure the time will come for us. :)

Balek Kampung

Terima kasih buat bos aku yang approve cuti aku yang panjang........

Aku telah tinggalkan dunia IT buat sementara waktu. Babai mouse cantek.. babai Citrix, VMware, Windows, Fesbuk, Mozilla, GMael dan laptopku. Aku perlu balek ke alam semulajadi yang indah dan alam manual.

Indahnya alam.... sawah bendang ini banyak jasanya kepada keluarga aku

Setiap biji nasi itu ibarat setitik peluh petani....

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baek buat ayahandaku...



Looking forward for my next holiday. Yes, I prefer enjoying my free time with my parent.

note: kualiti gambar yang agak menyedihkan sebab setting kamera henpon aku kot.. dulu cantek...

Jangan buat panggilan palsu 999

Aritu kan........

Aku call la 999, sebab ada kecemasan. Yang angkat call tu awek. "Cik, cik bawak bertenang yer, boleh saya tahu nama encik...." suara sedap. Aku pun bagitau la nama aku kat dia sambil berkenalan dan bertukar no telefon dan bagi detail yang dia nak. “Baik ya encik, nanti saya sambungkan dengan Balai Polis Alor Setar” sedap suara, bolehla la masuk AF. Kemudian aku pun tunggu beberapa ketika tapi xda orang angkat. Kemudian awek tu cakap, “Cik, nanti kita akan hubungi nombor telefon encik ya”. Aku pun blur sekejap.


Memandangkan situasi yang semakin genting, aku pun call sekali lagi. Awek lain pulak angkat. Kemudian awek tu pun bagitau benda yang sama. Depa akan contact aku balik. Namun awek2 tu tak call aku balik pun. Damn… adakah aku makin xhensem? Atau kena mandi bunga?


Setelah keadaan reda, aku menghantar mangsa ke hospital. Suprisingly, sejam kemudian telefon aku berbunyi. Aku angkat dan ada seorang lelaki cakap. “Saya dari balai polis Kuala Kedah. Cik, macam mana keadaan xxxxx tadi?” Secara sepontan terkeluaq dari mulut aku. “Saya dah on the way ke hospital. Dah sejam kami tunggu, ini baru nak talipon? Bodo betoi..” Lepas letak telefon tu baru aku tersedar yang aku bercakap dengan polis.


Apa yang aku cuba nyatakan di sini adalah kemusykilan aku tentang keberkesanan talian 999. Aku menghargai pengorbanan anggota keselamatan menjaga negara kita selama. Tapi ini kali pertama aku menghadapi situasi kecemasan dan menggunakan talian 999 tu. Aku menjadi saksi keberkesanan khidmat talian 999. Adakah talian itu menghadapi masalah pada malam itu saja? Adakah pihak polis betul betul “Bersih, Cekap, Amanah” seperti papan tanda yang diletakkan di setiap pelusuk negara?


Aku bukannya prejudis, cuba menimbulkan provokasi atau menyebar fitnah. Aku cuma nak kongsi pengalaman aku sebagai seorang pengguna khidmat 999. Mungkin staff yang bertugas sudah cuba yang terbaik untuk membantu aku.


Alhamdulillah, semuanya selesai dengan aman walaupun agak situasi malam itu agak menakutkan. Tapi cuba bayangkan, dalam masa sejam tu, macam-macam perkara boleh jadi. Kesimpulan dari cerita ini, pihak berkuasa silalah tambahkan produktiviti anda. Jangan cerita soal pengorbanan tapi anggota lain yang teruk bekorban, awak tu tumpang nama saja. Bila bab bonus, elaun, berdengung2 mintak tambah elaun, mintak bonus.


Semua orang bekorban dengan cara tersendiri. Aku pun bekorban untuk negara. Aku mengerah tulang empat kerat demi menjana ekonomi negara. Setiap kerjaya mesti ada pengorbanan sendiri. Tapi buat kerja betul2 la. Ini ditujukan untuk si polan yang mengambil masa sejam untuk call aku balek malam tu. Kepada rakyat Malaysia yang gigih bekerja dan bekorban untuk negara, teruskan usaha anda.


p/s: terima kasih buat staff wad/unit kecemasan Hospital Besar Alor Setar kerana sangat efisien dan mesra pesakit (xkan pelanggan pulak kan?). Mereka memang sangat komited. Great job guys. :)

Jahanam: Jangan Pilih Jantan Hitam

Agak jahanam tajuknya. Namun lebih jahanam jika dibandingkan dengan berita mengenai seorang kanak2 berusia 3 tahun yang meninggal dunia akibat didera secara fizikal dan seksual oleh kekasih ibu kandungnya sendiri. Sila ikuti berita selanjutnya mengenai Alia Aiman di:

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20091022081553/Article/index_html

Pasti remuk hati rakyat Malaysia menatap wajah si comel Alia Aiman di muka depan Metro minggu lalu. Aku sendiri tak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan ibu kandung Alia melihat anaknya diperlakukan seperti binatang oleh "Jantan Hitam" dari Sudan itu. Apalah yang merasuk ibu (boleh panggil ibu ka?) Alia sehingga sanggup bersekongkol dengan "Jantan Hitam" itu? Kata aku racist? Racist kepala hotak hang!

Aku sendiri tak tahu sejauh mana kebenaran liputan media tempatan, namun aku sendiri pelik, macam mana "Jantan Hitam" itu masuk ke Malaysia sebulan dan boleh tinggal bersama wanita durjana itu? Murah sangat ka si durjana itu? Jahanam sunggoh...

Apa nak jadi dengan masyarakat kita? Aku bukannya racist sangat. Kat opis pun macam-macam kaler ada. Aku tak pernah ada masalah langsung.Bukan sebab keegoan aku sebagai lelaki melayu tercalar sebab tengok perempuan Melayu diheret "Jantan Hitam" atau kaler apa sekalipun. Alah, ada saja kes Melayu dera anak, dan macam2 lagi. Ada saja orang Malaysia berkelakuan lebih kejam. Kenapa perlu di "kalerkan" pulak kes ini.

Pedulik la. Bukan soal ego, jealousy atau dengki. Tapi itu bangsa aku. Orang Malaysia! Sedangkan Indonesia pun marah rakyat dia didera (padahal yang merampok, maling dll ramai saja kat Malaysia ni). Macam macam hamburan nista dilemparkan ke atas orang kita.

Ada orang cakap da taste dia macam tu. Ada yang cakap dunia dah global, Islam pun menggalakkan kita berkahwin dengan nasab yang lebih jauh untuk melebarkan syiar Islam. Tapi bila terjadi perkara sebegini mulalah melenting sana sini. Jahanam betul "Jantan Hitam"!

Aku tak kisah gadis/perempuan Melayu nak kahwin dengan siapa pun. Banyak saja yang end up dengan happy ending. Tapi ingat la, kalau kena cara dan gayanya. Kalau "Jantan Hitam" itu datang bekerja dengan cara yang elok, niat yang elok, semuanya elok. Aku tak rasa ada masalah langsung. Ini datang dengan Visa pelajar, sebulan da dapat tangkap awek tu. Apa cerita?

Pihak berkuasa, bapak2 menteri, mak bapak, lelaki dan perempuan yang tak setuju dengan aku, cuba hangpa pi jalan kat KL malam-malam, tengok area-area Jalan Sultan Ismail, Heritage Row, Jalan Ampang dan port2 club yang masyhur di ibu kota. Tentu dapat tengok "Jantan Hitam" dan putih mengheret awek-awek Melayu ke hulu ke hilir dengan botol Jacks Danial, Chivas dan macam-macam brand lagi di tangan. Bangganya awek2 itu. Mesti dia terasa seperti memandu kereta import yang mewah-mewah. Atau seperti memakai beg tangan atau busana import yang mahal. Atau terasa Hitam itu Keunggulan? atau seperti Perillys, mutu Hitam emas?

Bukan semua Hitam itu jahat. Bukan semua coklat itu baik. Bukan semua kuning dan putih baik.

Bukan semua barang import itu original!!!!!! Belilah barangan buatan Malaysia.

Jahanam punya "Jantan Hitam"!!! Hukum sahaja si "Jantan Hitam" itu dengan si durjana yang bersekongkol dengannya itu.

Ya Allah, lindungilah diriku, keluargaku, guru-guruku, sahabat2ku, serta seluruh rakyat Malaysia daripada petaka seperti itu. Sesungguhnya kanak2 itu seperti kain putih yang suci. Tetapi warna hitam itu sudah merosakkannya.

Al-Fatihah buat Allahyarham Norazhar bin Ramli

Pagi tadi aku terima satu berita yang sangat menyayat hati. Jenazah Allahyarham Norazhar bin Ramli yang hilang sejak pagi Ahad lalu ditemui di tepi pantai. Al-Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat.

~Norazhar/Paad adalah insan yang sangat disenangi oleh semua pihak. Sikap arwah yang sentiasa merendah diri dan penuh dengan senyuman menjadikan arwah sangat disenangi rakan-rakan. Permergian arwah di usia yang muda adalah satu kehilangan besar buat keluarga Ramli. Anak kedua dalam keluarga ini merupakan tonggak utama dalam keluarga beliau.

We will miss him. We will miss his laugh, his smile, his blushing.We love you Paad.

Ya Allah ya Tuhanku, limpahilah rahmat dan inayah buat Allahyarham Norazhar. Ampunilah segala dosanya di bumi ini. Tempatkanlah arwah bersama para solihin. Amin.

God, please protect my brother Norazhar Ramli @ Paad♦♦



I received a shocking news early this morning. My friend, Mohd Norazhar bin Ramli a.k.a Paad went missing this morning around 05.30 AM. Yet, at 4.00 PM still no news from him.

Saya menyeru rakan-rakan, sahabat handai bersama2 mendoakan kesihatan dan keselamatan saudara Norazhar @ Paad. He is a great friend, great brother, a nobel man I would say. A very easy going man. God, we love this man. The whole world love him. Please protect him. Please protect Norazhar.Please protect Paad.



May Allah bless him.

Perkahwinan & Kahwin

Mintak maaf buat kawan-kawan yang merasakan entri ini untuk saya mengisytiharkan tarikh perkahwinan saya. Sampai masa nanti insya-Allah saya akan jemput kawan-kawan semua. Seribu ampun dan maaf buat mak, ayah dan keluarga, buat pejuang-pejuang adat Melayu yang tegar mempertahankan keperkasaan bangsa ini sepuluh jari disusun mungkin kerana entri ini menyentuh anda. Blog ini adalah santai buat saya menulis apa saja yang berada di benak hati kaykaysaja.

Aku juga Melayu. Melayu kampung yang membesar di luar bandar, sekolah luar bandar hingga ke ceruk hutan. Keris adalah cokmar graduasiku. Makanan rujiku tetap nasi walaupun kadang-kadang terpaksa menikmati mee magi. Namun maggi itu tidak sekelumitpun menghilangkan asal Melayuku. Mungkin kerana kebelakangan ini banyak jemputan perkahwinan yang aku hadiri menyebabkan aku tergerak untuk menaip persoalan-persoalan yang bermain di benak fikiranku ini.

Perkahwinan adalah sesuatu yang suci, mulia dan indah pada hakikinya. Diwarnakan pula dengan kepelbagaian adat dan budaya yang kita warisi telah menjadikan perkahwinan sebagai majlis penuh berseri. Islam menuntut umatnya yang berkemampuan untuk mencari pasangan hidup sebagai suatu sunnah yang penuh dengan keberkatan. Perkahwinan adalah suatu medium dakwah bagi mengeratkan silaturahim, serta meneruskan survival umat manusia di bumi ini. Perkahwinan melengkapkan naluri manusia yang ingin berpasangan dan kerukunan ini perlu dihormati dan dipelihara demi ketamadunan manusia sejagat.

Kini di negara Barat, perkahwinan bukanlah menjadi suatu kewajipan kerana mereka mempunyai pandangan tersendiri mengenai hidup berpasangan. Aku kagum dgn rancangan Gene Simmons Family Jewel yang merupakan kisah reality keluarga Gene Simmons, ahli kumpulan rock KISS. Namun tahukah anda bahawa Gene Simmons sebenarnya tidak berkahwin dgn isterinya itu. Menarik kan? Tapi itu budaya mereka. David Beckham pun berkahwin ketika Posh sedang mengandungkan anak pertamanya. Namun, mungkinkah trend ini yang telah menjadi ikutan di Barat akan meresap ke dalam budaya kita? Syukur kita masih memiliki pegangan agama dan budaya yang kuat untuk memelihara kesucian hubungan suami isteri melalui perkahwinan. Sama ada Islam, Kristian, Buddha atau Hindu, perkahwinan merupakan titik tolak dalam perhubungan seorang lelaki dengan wanita.

Dewasa kini, media kerap membicarakan budaya hedonisme yang melanda masyarakat kita. Golongan muda-mudi serta remaja kerap dipersalahkan lantaran keasyikan berhibur dan bersuka-ria tanpa mengira had budaya. Baca saja komentar, sms di dada akhbar dan tabloid kini. “Muak, loya, menjengkelkan” melihat gelagat anak muda yang berpeleseran seperti hilang pedoman. Kalau dulu zaman bapak-bapak, datuk nenek kita, kadangkala kita sendiri mendengar bagaimana mereka berkahwin di usia muda. Ada yang menjejaki jinjang pelamin sejak usia belasan tahun lagi. Semua ini berjaya mengekang kebejatan sosial dari menular dalam kehidupan mereka seharian. Namun kini, anak-anak muda lebih gemar bersuka ria dan berfoya-foya daripada terus menamatkan usia muda dan terus melangkah ke alam perkahwinan. Salah siapa?

Apa yang aku nampak sekarang, institusi perkahwinan masyarakat Melayu kini semakin hanyut dengan trend yang membuta tuli yang jelas akan meruntuhkan ketamadunan Melayu itu sendiri. Tahun ini sahaja cuba kita kira berapa ramai artis yang sudah bercerai berai? Peningkatan ini menandakan keruntuhan institusi perkahwinan di dalam masyarakat kita. Kita juga dapat melihat bagaimana adat perkahwinan Melayu telah mengalami asimilasi budaya sehinggakan majlis perkahwinan mulai sinonim dengan majlis yang memakan belanja puluhan malah ratusan ribu ringgit untuk dijayakan. Apakah ini sesuatu yang sihat. Mungkin ia tidak menjadi masalah bagi mereka yang berkemampuan. Namun jurang ekonomi dan tuntutan masyarakat untuk mengikuti trend ini bakal mengundang padah yang lebih besar. Saya pernah melihat seorang teman terpaksa membuat pinjaman bank hingga puluhan ribu ringgit bagi merealisasikan impian bergelar raja sehari. Apakah ini yang dituntut agama? Islam itu mudah. Dan Islam tidak pernah membebankan penganutnya. Tidak ada sebarang tututan agama bagi mengadakan majlis besar-besaran sehingga perlu berhutang sana sini. Kelak diri sendiri binasa. Itu belum dicampur dengan hantaran, wang hantaran dan persediaan lain lagi. Aku rasa perlu ada pihak mula membuka mata dan berbuat sesuatu bagi menghalang trend yang tidak sihat ini dari terus meracuni bangsa kita. Suatu majlis perkahwinan itu perlu disusuli dengan adat merisik, bertunang, berinai dan pelbagai lagi yang pasti menelan belanja yang begitu besar. Memang la orang selalu cakap, berkahwin ini sekali seumur hidup. Apa salahnya kalau berbelanja lebih sedikit.

Perkara ini salah! Kerana aku nampak ini perkara pokok yang mulai menekan ekonomi bangsa kita. Dari observasi aku yang masih mentah ini, penekanan pihak keluarga dan masyarakat dalam penganjuran suatu perkahwinan ini menjadi duri dalam daging masyarakat kita. Logiknya, anak muda yang ingin menjejak kaki ke alam perkahwinan itu adalah muda, baru mula hendak bertapak dan mencongak masa depan hidupnya sendiri. Kalau dia hendak berkahwin di usia muda, dia perlu bekerja dan membuat simpanan untuk majlis tersebut. Wang hantaran 10 ribu, majlis kenduri 5-10 ribu. Persiapan? Lain lain? Kita perlu mendidik masyarakat kita tentang pentingnya pelaburan masa hadapan. Sesudah habis majlis perkahwinan itu, ke mana arah tujuan mereka. Puluhan ribu sudah habis dibelanjakan. Lebih kronik kalau ada yang terpaksa menanggung hutang bagi membiaya majlis tersebut. Mungkin sebab family aku ramai lelaki jadi aku kurang nampak relevan meletakkan wang hantaran puluhan ribu ringgit dengan perlbagai syarat lain. Untuk apa semua itu? Pasangan muda itu perlukan dana untuk membeli rumah, kereta dan menyediakan persiapan hidup bersama untuk tahun tahun mendatang. Kita perlu mengubah tradisi ini. Budaya ini. Jangan dirumitkan sesebuah perkahwinan itu.

Ini zaman lain. Zaman yang memerlukan kita perlu lebih bijak dan berhati hati dalam berbelanja. Balik semula kepada tuntutan agama. Mas kahwin, akad nikah, majlis kenduri bagi mengisytiharkan mereka sudah mengikat tali perkahwinan. Mudah kan? Tentunya duit puluhan ribu itu anak muda itu dah boleh guna untuk membeli sebuah rumah yang merupakan suatu pelaburan jangka masa panjang. Menggunakan duit itu untuk melabur ke dalam dana yang mampu memberi pulangan 8-15% untuk pelaburan berisiko rendah. Bangsa kita perlu berubah! Kita tak mahu melihat anak muda itu terbeban dengan hutang bank dan interest selepas berkahwin hanya kerana tuntutan budaya yang semakin tidak relevan. Kenapa saya berkata tidak relevan? Kerana adat kita sendiri membunuh ekonomi bangsa kita.

“Pandai cakap. Kalau betul buat la!” Memang aku mahukan perubahan itu. Sumpah kalau aku mampu merubah bangsa kita, akan aku buat semua itu. “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu kecuali mereka yang mengubahnya sendiri.” Pokok pangkalnya usaha. Siapa yang nak menggerakkannya? Ini usaha aku. Aku nampak kita perlu berubah. Bangsa kita perlu berubah. Adat kita perlu dikaji dan diubah. Ini kerana kita berada di bumi kita sendiri. Ego Melayu itu kuat. Sifat “takkan kalah” itu meracuni pemikiran kita selama ini. Persetankan apa sahaja orang lain nak buat. Kita perlu ada pendirian. Ini tidak, kalau jiran sebelah berkahwin dengan catering biasa, kita mesti kena catering selebriti. Jiran kampung sebelah kahwin panggil Alleycat buat persembahan, kita mesti kena panggil Mawi! Kalau anak jiran belajar sampai SPM hantaran kahwin 15 ribu, anak kita lulusan diploma mesti 20 ribu. Eh, anak sulung kita yang ada ijazah itu mesti hantarannya 25 ribu. Ini gila!! Jangan menidakkan perkara ini. Kerana inlah realiti dalam masyarakat kita.

“Alah, nak kahwin pun berkira? Eh, xda duit xpayah kahwin la! Kalau dah demand sangat cari lain saja.”

Bukan itu pokok pangkalnya. Ramai saja yang sanggup bergolok gadai, hutang sana sini semata-mata untuk memenuhi tuntutan adat kita. Saya pernah menyaksikan seorang saudara sanggup menjual rumahnya untuk mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Kenapa sampai perlu menjual rumah? Rumah itu asset yang tidak mungkin mengalami depresiasi nilai. Mungkin ramai rasa saya bodoh atau belum matang dalam menilai budaya kita. Tetapi inilah yang berlaku dalam masyarakat kita. Jadi, komentar dan respon anda amatlah saya hargai. Moga-moga kita boleh berkongsi fikiran dan mengutarakan pandangan masing-masing dalam hal ini. Ajaklah saudara mara, handai taulan untuk menilai sejenak pandangan saya ini. Dan setuju atau tidak, tinggalkan komen anda. Mungkin masih ada sudut yang perlu saya lihat untuk memahami keperluan budaya bangsa Melayu ini.

Setem Movie Review


Wajib tonton!!!!!!!!!!!!

Wahai sekalian umat manusia...(kecuali peminat/penonton/penyokong muvie A Razak Mohaideen). Anda suka tengok muvie? anda suka pergi ke GSC, TGV, Cineleisure, Cathay? sila lah menonton Setem arahan Khabir Bhatia....... mesti terasa berbaloi mengeluarkan duit hasil titik peluh sendiri/ptptn/pama demi 115 minit yang mampu membuat anda tersenyum puas....

I went to TGV Sunway last nite to watch Setem starring Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Que Haidar, Bront Palarae, Rashidi Ishak. You will enjoy the so kering action from Afdlin and Sathiya from the beginning of the movie. Please ensure that you will enter the hall early and dont leave your seat until the patrons request you to leave the hall. Please smack any reporters or critics who write negative feedback for this film. Let's support our local scene even there are blockbuster movies like Harry Porter, Transformers, Pelham are showing, but Setem is amazing.

So what are you waiting for? Still not convincing enough? Go and book the tickets now!

something that make me frust:

a group of dumb asses who sat at "O" row in hall 8 TGV Sunway for 9.30 pm show. they make a lot of noises and went insane along the show. please do not go for movie after this because you guys dont know how to respect others. we also pay for that movie you sucker. keep your voice low, and keep your story ("eh diorang berlakon kat ofis i la.." , eh diorang berlakon pusing2 kat jalan tu saja la...") at least until you reach home. thank you.

Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad

We will miss her Petronas advertisement...
We will miss her extraordinary movies...
We will miss her critics...

I hope we will continue her works, journey and ideas in entertainment biz. Please dont let our cinemas play cheap movies from A Razak Mohaideen. We need more movies like Sepet, Gubra, TalentTime, Transformers and Lord of The Rings. Ooops sorry.. may be one day we will be able to produce better than Transformers. At least we can match Sivaji The Boss..hehehe

May Yasmin rest in peace...

If Firefox is a serigala api....

Huhu this is my first time writing my blog post in my office. Huhuhu sunday nite and I am working? my responsibility...huhu

If computer jargons being localize....

Adobe

photoshop – kedai gambar
fireworks – bunga api
flash – silau/menyuluh/memancar
dreamweaver – mengulit mimpi / sedang bermimpi
after effects – kesan selepas / kesan lepas tu
premiere pro – professional terulung
lightroom – bilik cahaya bridge – jambatan
Illustrator – pelukis
Encore – tepuk tangan??adobe
Go Live – Pergi Hidup inDesign – reka dalam
onLocation – dekat lokasi

Google products.

Most of them carry a simple naming convention ( Maps, Earth, Talk, Desktop,Wave ) so i just took some of them
youtube – tiub kamu
Sketch up – lukisan diatas
Feedburner – pembakar benda yang dimakan

Apple products

Mighty Mouse – Tikus yang gagah
Front Row – Barisan Hadapan
Safari – Taman Negara?
Quicktime – cepatlah masa!
Preview – tengok sket!
Time Machine – mesin masa
Bootcamp – Khidmat Negara (ROFL)
applecare – jaga epal
final cut pro – pemotongan buat kali terakhir secara professional (ultimate P4WNAGE!)

for more translation, please visit http://nazri.flavert.com/

May be A Samad Said and all the "anti-Teaching Math and Science in English" supporters should ask our government to localize all the terms above. Can someone translate it in Tamil or Mandarin?

Why make it a big issue? Even with teaching Math and Science in Bahasa Malaysia, our children are still going to McD, Nandos and KFC. We still can see our daughters with red, orange even blonde hair. Our sons are still watching English Premier League, Spanish La Liga. Small kids are still begging for Thomas and Friends, Ben 10 and Hello Kitty's t-shirt and toys. Whos fault?

Ask yourself.

Kenapa perlu politikkan isu ini? Tepuk dada tanya selera.

poor this girl, she has a chance to improve her english. it has been buried.

I am a rural school product. Last time, we were only exposed to English language only in English class. I believe it is still the same now. Or may be almost similar. But the thing is, I believe that majority of the students in rural area would never be exposed with English language outside English class. How many of them read English newspapers or other English reading materials? How many of them would speak English with their parent and family?

Children learn better when they are young.

Sekadar gambar hiasan
apakah dengan belajar matematik dan sains dalam bahasa malaysia, mereka di atas akan berbaju kurung dan berbaju melayu?

If someone say: "Eleh mamat ni, bajet tulis blog dalam bahasa inggeris da terer la konon. Ayat tunggang langgang nak berlagak"

I say: "At least I try. Setidak-tidaknya saya mencuba menulis dalam bahasa inggeris. saya boleh menulis dalam bahasa malaysia juga. Bukankah saya sudah boleh menulis dalam dua bahasa. Lebih baik dari satu bahasa sahaja."

24

Welcome to 24!!!

The new era begun...

Target for 24

- plus more ibadah
- plus more hometown
- plus 1 more MCP
- plus 10k in investment
- plus 1k in FD
- plus more saving (kena plan kawen ni)
- plus more effort
- plus more maturity
- plus more nephews or niece (1 ondaway :) )
- plus more assets + properties

- less smoke
- less expenses
- less shopping
- less loan
- less fat
- less wasting time

Yeah...dats all for now... I'll add more in the future.... Welcome to the new blog skin. For the new year resolution..... we'll revise this resolution before 25 :)

Minggu Terakhir (Finale Week)




I dont want to write anything. We are smiling in the photos.

D.e.l.i.c.i.o.u.s

Hungry like a pig...... we'll always remember the best food...

The Nasi Goreng Ketam
Looks yummy!!!! This is Nasi Goreng Ketam from William (gerai haram). The portion is enough for 3 pax.

The I dunno what
I dunno what is it called. But damn sedap. Print this photo and bring it to Chillis. Ask 1 and enjoy your meal.

The Secret Folded Mee
My mom's secret recipe. I will ask my future wife to learn from mak. Sedapnya............

The Tepung Talam
Traditional "Tepung Talam" is so excotic. Secret touch with mix of taste.

ALARM!!!!!!

Bobon's Sony Ericson alarm clock woke me up only after hours of sleep. Damn!!! hehe

Dear friends,

If anyone find a bunch of keys with Arsenal keychain, please contact me asap. I lost my key bunch (bike's key, house key, room key, PC key, ka-key, la-key,) hehehe. Careless me. I was so careless along the week. Last nite my manager found my tag (access card) in the refrigerator!!! It was my turn to buy coffee and I kept all the coffee in the refrigerator. I left my access card together with the coffee. Crazy la.....

Not the exact taxi image

The day I lost my keys, I took commuter home and I stopped at Subang Jaya station. However Mimmie cannot fetch me there so I decided to take a taxi from there. I asked the taxi driver whether he can go to my apartment, "Yes" he answered. "15 ringgit la..." What? I told him I want to use meter, and he asked me to find another taxi. No choice, so I just hop on that taxi. Along the way that "blood sucker" was talking about National Spirit, Malay unity, bla..bla..bla... Come on dude, you just "pau" your 'own people' and you are talking about unity and nationalism.
"Adik, kita sekarang kena bersatu padu, kalau tak kita akan ditindas orang..."
Look who's talking...

But I do agree with his point. :)

I miss them.....

Me and Eiman at St. Edwood Park


Me, Ariff and Mak - "Smile"!! and thats his 'smile'

Friday is best working day because Saturday is always a holiday.. :)

I miss both my nephews Eiman and Ariff. Two boys with different characters but they are really naughty. Eiman Hazim bin Kamal Izzuwan and Ariff Haiqal bin Ainuddin Yushar. Jom main bola!!!

Life is boring without them but restless once I meet them. hehehe

Welcome Back

Assalamualaikum...

"kom apa kombat,
bat apa batman,
men apa mentol,
tol apa tolak,
lak apa laksa,
sa apa satu,
tu apa tunang,
nang apa nangka,
ka apa kayu,
u apa u chumel..."
-ariff haiqal-

welcome back kaykaysaja.... after months without any updates.

I am back with the new hopes, to update this blog and set a new page hit target. btw, i am writing this post thousands of kilometers away from home. I am in Manchester, UK.

I get my new strength with my new HP laptop (thanks to bang chik for his credit card) hahaha.... sorry Sara (my previous P4 desktop. I will always miss you. I gave Sara to my lil brother as he really need a computer to finish his practical report.

guys, gimme some strength to blog.

love,
~kaykaysaja


~ Hajah Che Su and Haji Yusof who are always tough to face Muhammad Sufian's character for more than 23 years

Credit to photographer Abang Kamal

Manure was just lucky that evening.. damn!!!

On my way to Old Trafford Stadium

East Stand, dekat dgn entrance away fans :)

UK is full with statues

I love every moment with them...

ad

Followers