KayKaySaja

My Heart Says

ad

Kedah vs Terengganu

Dah lama tak cerita pasai sukan. Harian Metro pun dah tak banyak coverage Piala Malaysia. Mana lagi sumber cerita up and down bola sepak tanah air??? Nasib baik Ananda Astro buat Astro Arena (801)... so adalah sikit coverage bola sepak Malaysia.

Aku dengan jayanya berjaya menghabiskan perlawanan bola sepak Piala Malaysia live kat tv setelah sekian lamanya... walaupun housemate aku nak layan drama Asmara kat tv3 tu, aku berjaya membuat rampasan remote dan pura2 tak tahu mana remote itu.

So sinopsis aku dari game ini:
"Game agak rancak mula2. Mungkin player masih ada stamina. Kemudian Kedah leading 1-0. Lepas tu main macam taik. Berkampung dalam kawasan sendiri. Dari al-Hafiz, sampai la Bad dengan Muhymeen. Main defensive mengalahkan Inter Milan dah.

Lepas tu apa lagi, keeper cekup biawak terlepas gol sengal. Haddoi.......... seri 1-1.

Then dengan kuasa magik yang datang dari mana ntah, tiba2 player2 Kedah ada kudrat dan iradat untuk menyerang kembali... dapat lagi satu gol chemey. Kerana defend Terengganu lembik.

Lepas tu semua pakat duk berkampung, lagi kampung dari Naka dan Nami. Maka Kedah pun bolos lagi...... Seri 2-2.... "

Sekian liputan game sengal dari RTM 1.

Kamon la Kedah, kalau ya pun main kat tempat lawan, bukan bererti kita kena defensive. Apa nak takut? "Lawan tetap lawan" - quote from DSAI zaman reformasi dulu....

Apa yang aku perasan, Kedah punya tactical macam tu dari zaman trebel. Masa tu kalau dapat kat Hugging dan kawan2, mesti tembak bola pi naik atas.... dengan harapan Marlon Alex James berada di kawasan sekitar ataupun ihsan defend lawan yang bongok tahan bola bagi kat Marlon. Maka disaster la jawabnya pasukan lawan. Itu pun kalau angin Marlon elok. Kalau angin monsoon mai, merapu jugak. Maka zaman tu Pak Long lebih relax di kawasan midfield sebab midfield tak banyak fungsi sangat.

Sekarang, midfield hidup sikit. Itu pun "tekoh-tekoh" (sekali sekala) saja.

Point aku, Kedah kena terus menyerang. Bukan cikai striker Kedah. Dari Muhymeen, Badrol, Faizal suma sempoi. Azmi Muslim yang defend pun boleh buat gol. Apa nak takot???

Tapi mid field Terengganu nama Joseph tu memang rajin. Baguih dok ada.... Musim depan mai Kedah mai... Danok pun dekat... ahahhaah

Selamat Maju Jaya Kedah Darul Aman......

http://www.youtube.com/watch?v=I8S2iWcEi5I&feature=related
ad

Followers