KayKaySaja

My Heart Says

ad

Boring: Keluarga Aminul tuntut Kerajaan, Polis mohon maaf

Ampunkan kami penunggu gua.... ampunkan kami penunggu gua.........

Macam tu ka yang depa nak? Aku sampai hari ni tak faham apa yang cuba dituntut dan ditegakkan oleh keluarga arwah sekarang ini? Keadilan???? Please justify.

Keluarga Aminul tuntut Kerajaan, Polis mohon maaf

Dari first day cerita ni disensasikan, aku cuba baca dan faham apa yang cuba diangkat dalam semua ulasan dan review oleh media massa dan media cetak. So aku telah membuat satu konklusi terlebih politik dalam cerita ini. Sampai aku tgk posting video press conference pasal kes ini kat link bawah ni.

Rentetan kisah Aminul dari saksi utama.

Secara ringkasnya:
-Arwah aminul keluar tengah malam kejadian sebab nak pi tengok bola di kedai mamak, dia bawak kereta kakak dia, pi amek kawan dia, then nak tolong kawan dia moto rosak, then terlanggar kereta orang, then dikejar mat motor, then dikejar polis, then ditembak polis........

Salah siapa????

Salahkah polis itu? Daripada apa yang aku baca la kan, masyarakat (aku xtau la berapa kerat) menyalahkan polis tersebut sebab telah menembak kepala arwah Aminul yang menyebabkan arwah meninggal dunia. Apa justifikasi polis itu? Polis menyatakan mereka telah mengikut SOP penggunaan senjata api. Polis da menghidupkan siren, tembakan amaran dan tembakan ke tayar kereta itu namun suspek gagal memberhentikan kenderaan. Sampai la tembakan yang meragut nyawa arwah, sampai kereta berhenti melanggar tembok.

Sebahagian masyarakat pulak menerima kewajaran tindakan polis walaupun meragut nyawa seorang kanak2 (kanak2 lagi ka? dah 15 tahun kot. dah boleh bawak kereta dah.)

Jadi kenapa cerita ini disensasikan??? Yes, kalau perkara sama terjadi kat family aku, mungkin aku pun kecewa dan amarah dengan situasi ini. Aku rasa pihak media dan parti politik dah buat kisah ini terlalu sensasi dan naik muak pulak aku tengok. Pihak media dan parti politik lebih mengeksploitasi emosi dan perasaan keluarga mangsa sehingga mempersetankan perasaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jugak keluarga anggota yang bertugas malam tersebut.

Persoalan aku:
1) Apa remaja (aku prefer term ini) 15 tahun, masih bersekolah, buat tengah2 malam buta? Esok awak tu sekolah kot. Town sangat ka kalau keluar tengah2 malam lepak bersama kawan2? Mungkin fenomena lepak di kedai mamak bersosial bersama kawan2 itu dah jadi pemandangan biasa di Shah Alam. Tapi apa budak 15 tahun buat kat kedai mamak tengah2 malam padahal esok awak tu sekolah? Kerajaan negeri dan pihak berkuasa + mak bapak perlu pantau benda ni. Mak bapak take action please. Kerajaan negeri dan parti2 politik, kalau betul nak memperjuangkan nasib rakyat, ambik tindakan please.

2) Yang aku faham, mak dia mintak polis clear nama anak dia sebab berita yang mula2 keluaq mengatakan polis menembak penjenayah. Itu yang aku paham. Tapi media mensensasikan statement family budak ni kata budak ini budak baik. WTH???
-Is this the first time dia curi2 keluar tengah2 malam?
-Curi2 ambil kereta family dan drive ambil kawan pulak...
-Family xperasan ka? pagi keesokan harinya xperasan ka kereta da xdak? n budak tu xpegi sekolah? Di mana struktur kekeluargaan kita? Dulu aku nak pi sekolah mak dengan ayah dah bangun n siapkan breakfast, or siapkan aku nk pi sekolah. Tapi time sekolah rendah la kan... sekolah menengah dah duk asrama, apa nak buat.. uhuuhu
-Bawak kereta xda lesen??? Is this legal? no one comment this in the news!!! Is this his first time? sama jugak kat kampung2, bersepah2 budak2 even yang kaki belum sampai pun duk bawak moto ke hulu ke hilir. Kalau dah jadi macam ini kan dah susah??? Prevention is better than cure!!!

3) Dalam video press statement tu, aku paham saksi utama (rakan arwah) keluar dari kereta dan dibelasah oleh "ramai2" anggota polis. Dan xda sebarang ulasan macam mana budak sorang boleh berjaya melarikan diri selepas dibelasah "ramai2" anggota polis? Come on, macam mana polis boleh terlepas??? Tolong explain please....... Aku mmg wonder sangat2.... Budak tu wakil sekolah acara lari pecut ka? Polis xda inisiatif nak kejar ka?

4)Daripada press conference video, "Why would he assulted in such a manner?" itu soalan lawyer tu. Dan statement lain, "truthful young boy...there was no reversing of the car..." WTF??? budak ni dah jadi hero pulak? Lagi Hero dari KAPOWW....

Respon dari KPN, kes masih lagi dalam siasatan. They will conduct a clean and fair investigation. Ain't that fair enough? Siap ada suruhanjaya khas lagi? So shut the F up and wait for the result. Nak tuntut mintak maaf apa lagi? Kerajaan pun kena? Kerajaan negeri xkena? Tok imam surau xkena mintak maaf ka? Budak itu dalam kariah dia. Mak bapak polis tu xkena mintak maaf ka sebab tak didik anak dia jadik Doktor, tapi end up jadi polis?Ada depa mintak maaf kat owner kereta yang bergesel? kat mamat motor yang eksiden sebab cuba kejar kereta arwah? ada? ada? Tolong la, jangan mendramakan sangat kisah ini. Dan jangan sensasikan sangat cerita ini? Dan rakyat Malaysian jangan suka benda2 sensasi sangat.............



Kalau ada pihak yang terlibat tersinggung, saya mintak maaf siap2. So lepas ni xperlu nak tuntut maaf lagi. Posting ini tak semestinya menjadi gambaran penuh kisah ini, tapi cuma mintak jangan sensasikan benda ini dan pihak bertanggungjawab boleh amek pre-caution action untuk mengelak dari berulang. Yes, kepada semua ya. Pihak polis investigate kat mana kelemahan yang ada. Masyarakat, renung2 balek apa kita sendiri dah betul ka? Apa yang kita boleh buat supaya tiada lagi perkara macam ni berlaku. Klau tengok budak2 kat kedai mamak tengah2 malam, halau saja... suruh pi tidoq esok nak pi sekolah.

Sekian, terima kasih.....

5 comments:

Shimamon said...

You go, brother! Debater la kate kan. Ang try tgk kt FB adik aku Shazrin tu. Ada la sorg bdk hingusan nak berdebat ngan aku pasal bnda ni. Tapi point tak dak. Skit2 kata "ckp elok2 skit, bdk tu dh arwah". WTH? serius aku geram ngan kes nih! mcm bdk tu x buat salah langsung. wake up, people!!

kaykaysaja said...

ahaha kalo susah2 sangat suruh mamat tu datang sini.... cakap banyak xmo... publisiti banyak sangat.. muak aku baca...

C-I-K-I-N-T-O said...

yaay! aku sukakannya!! dah la aku sedia muak ngan politik mesia ni kan..tambah plak ada kes² cenggini..bek layan oh bulan ka oh artis ka, murai.com ka..hehehhe

neway, entry ni mmg gempak ;)

Anonymous said...

salam...
pada aku.... lets their family yg settle... arwah dah pegi... jahat ka baik ka budak tu.... kita yg x tanggung or x kena btg hidung biaq la... just amek iktibar n sebarkan yg baik2 ja... al-fatihah kat arwah n doa supaya tak jadi kat our relative n roh aminur ditempatkan dengan yg baik2...

kaykaysaja said...

So sekarang da nampak dah kurang sikit review pasai drama swasta ni...

Inchik Anonymous, ya mmg biaq family dia yang setel... tapi kalo da family dia duk condemn police and the whole institution seolah2 anak dia maksum sangat apahal????? ingat polis tu xdak anak bini n mak bapak???? kalau ya pun nak setel, setel sendiri2 la... ini habis tarik suma ahli politik apahal???? da la ahli politik kita memang suka bebenda sensasi cam ni... hampeh....

ad

Followers