Ke mana arah kemajuan negara?
Nak buat bangunan? - membazir
Nak buat jambatan? - membazir
Nak kurang subsidi? - zalim
Minyak ikut pasaran? - penipuan
Tingkatkan industri pelancongan? - membazir - ramai rakyat masih miskin
Tingkatkan industri pertanian? - kronisme la, seleweng la...
Galakkan pembangunan IT? - Rakyat akan terdedah dengan perkara negatif
Biasiswa? - Racism
Beli kelengkapan tentera? - Membazir+seleweng
WTH???? andai ada 1 usul kerajaan, semua akan dibangkang dan disensasikan sampai tak boleh buat apa. Bagi ahli politik, duit kerajaan yang ada hanya boleh digunakan untuk menambah subsidi untuk kurangkan beban rakyat.
Masihkah kita ingat zaman Tun Mahathir nak bina Putrajaya. Itu adalah pembaziran yang terbesar. Macam2 tohmahan dilemparkan. Sekarang, semua parti politik tergedik2 nak ke putrajaya. Sebab apa? sebab close minded. suka sensasikan isu dan cintakan populariti atas nama sebuah perjuangan.
Isu Minyak?
- Mereka kata keuntungan yang dikaut Petronas perlu dilambakkan kembali kepada sekelian rakyat marhein. Subsidi minyak perlu ditambah untuk mengurangkan beban rakyat.
Persoalannya sampai bila rakyat akan terus bergantung kepada subsidi minyak sedangkan dalam masa yang sama Malaysia sudah pun menjadi pengimport minyak. Simpanan minyak negara cuma mampu bertahan sehingga 2016. Ke mana arah tuju kita selepas itu? Kayuh basikal dan kayuh sampan?
Isu subsidi gula dll.
- Sampai bila rakyat perlu bergantung kepada subsidi begini? Gula subsidi juga diguna secara komersial. Di kedai2 makan. Malahan diseludup dan disembunyi penyangak yang suka meraih keuntungan membuta. Rakyat? cuma tahu berteriak dan salahkan kerajaan. WTF?
Mana kuasa konsumer kita? Boikot saja pemborong dan peruncit yang penyangak!!! Tapi rakyat kita lebih suka berteriak dan melolong kerana teriakan itu sensasi. Dan ada golongan popularis yang suka mensensasikan isu. Kita memiliki kuasa untuk bertindak.
Isu biasiswa dan hak istimewa bumiputera.
- Ini isu yang sangat suka disensasikan. Perkara yang sudah termaktub di dalam perlembagaan itu tidak perlu diusik. Yang gagal adalah penyampaian dan pelaksanaan perlembagaan itu. Ini polemik politik yang suka disensasikan oleh politikus tua. Yang muda rasanya lebih menghormati perlembagaan itu. Hak setiap orang yang bergelar rakyat Malaysia tidak boleh diusik. Kerana ia bakal mengundang musibah. Apa yang penting, mana2 golongan yang memerlukan bantuan, haruslah dibantu. Itu bukan tugas kerajaan semata2. Golongan yang sudah kaya raya, korporat, jangan pejam mata. Menjadi tanggungjawab sosial seorang insan untuk membantu insan yang lain yang memerlukan.
Isu korupsi dan rasuah.
-Usah bicara yang besar. Awak tu kalau kena tahan polis, polis nak saman; adakah ayat "setel cara lain" keluar? Adakah awak turut memberi kalau polis itu meminta? Adakah sikap dan kehidupan harian anda tiada langsung unsur rasuah? Ubah diri sendiri dulu sebelum mengkritik orang lain.
-Birokrasi haruslah diminimakan. Ini menyusahkan.
- Penguatkuasaan harus ditingkatkan. Mana2 pihak berkuasa yang terlibat dalam korupsi dan rasuah, bagi hukuman gantung. Kerana golongan inilah yang menjadi parasit negara.
Survey yang dijalankan oleh Merdeka Center yang telah pun disiarkan media semalam menunjukkan 72% golongan muda di negara ini tidak berminat dengan isu politik.
Jadi? Ahli politik tak reti2 nak berhenti sensasikan isu lagi ka? Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Pergi buat kerja, dan tunggu pilihanraya orang sokong awak.
Wahai rakyat Malaysia, kita singkirkan saja ahli politik yang banyak bercakap dan sensasi lebih dari berkerja.
1 comments:
Sama dengan penulis ni, bercakap pandai, dia rasa dia betul la tu,
masa minyak naik 2 inggit dulu, masa Pak lah, ini kerana mengikut nasihat cerdik pandai macam awak,
lepas tu, nampak rakyat gawat turun balik, apa hal, ?/
sama macam aku juga awak pun, cakap pandai
Post a Comment