Depression. Stressful week. I got another 2 weeks before i finish my study. I've received the Adults life invitation card. Am i ready for all the hurdles? God, please guide me. I am reading the Islamic Philosophy book and suddenly i stop and look at my future. Last nite i hang out at mamak with my friends, then i realize, we're discussing topics that we haven't touch about 3 years ago. "...kerja kat situ....time kerja.....nanti pi keja....." how i miss my childhood. Best kan jadi budak budak? bangun pagi makan, main, makan, nangis, tidoq, main, main dan main lagi.
Bulan depan birthday mak yang ke 49 tahun, ayah dah pun 59 tahun. My sister and bro-in-law skali dgn anak buah aku kat manchester. Abang aku, kak ipaq aku dgn Arif kat nilai. Adik aku kat Behrang. Abang aku sorang lagi kat kampung. Family...Family... jauh kan family aku semua. Saat paling best bila 1 family dapat kumpul. Last satu family kumpul kat Nilai sbb nak antaq kakak aku satu family pi Manchester. Time tu semua orang ada. Mak masak sedap2. Air jus tembikai. Nugget lagi. Eiman anak buah aku la yang paling kuat makan. Makan sampai nak muntah2. Itu memang tabiat dia, budak kecik lagi. Sekarang ni dah ok dah kot. Masa tu Eiman pakai baju Arif sebab baju Eiman semua dalam beg, sbb flight dia ke UK mlm tu. Aku sampai Nilai dengan Mimmie n bang Teh n adik aku agak petang dah sebab ada kelas pagi tu. Baru cukup korum. Seronok sangat masa tu. Everybody's there. Dan saat macam tu cuma lagi 3 tahun boleh rasa....lama kan?
Tiap kali sebelum balek ke shah alam mesti aku cium pipi mak dengan ayah aku. Memang dah jadi tabiat aku adik beradik dari kecik lagi. Dulu mak dgn ayah mesti tunduk sikit nak bagi anak2 depa cium pipi depa. Tapi sekarang semua dah besaq. Tapi tiap kali aku peluk mak dengan ayah, memang itu la saat yang paling bahagia. Tak tau macam mana nak cerita, tapi mak dengan ayah la kekasih aku dunia akhirat. Dulu masa kecik2, mak dengan ayah jaga kami disiplin gila. Balek sekolah makan, lepas tu trus siap2 nak pi mengaji pukul 2.30 ptg. Lepas balek mengaji mesti kena keluaq rumah pi beriadah, bersukan. tapi sampai pukul 6.30 saja. Sapa yang lebih mmg cari nahas. Malam semayang, lepas tu baca buku sampai pukul 10 mlm. tv? jangan harap la. Tapi itu la disiplin yang buat kami berjaya. Aku ingat lagi kadang2, mak panggil kami suruh baca quran, mak nak check tengok. suka sangat time tu. Dulu masa ayah ajaq aku semayang, time tu abang2 aku semua dah terer dah. Aku siap nangis2 lagi sebab xingat takbiratulihram. tapi alhamdulillah... sampai sekarang ingat lagi.
Sekarang ni mak biasa call around 8 p.m, tanya " hang semayang dak lagi?". Aku pun dengan segan duk jawab " dak lagi..satgi, ni nak pi ambik ayaq semayang la ni. tunggu beratoq kat bilik ayaq ni...." panjang saja aku jawab. Mimmie pernah cerita, ibu dia pesan, "sekarang ni korang mungkin rimas ibu selalu call, nnti ibu dah takde mesti korang teringat.." lebih kurang macam tu la. Ya Allah, panjangkanlah usia mak dengan ayahku, sihatkanlah tubuh badan mereka, berilah kejayaan kepadaku, moga aku dapat menggembirakan kedua orang tuaku. Amin. Selalu ka aku doa macam ni? Yang aku pasti, mak dengan ayah mesti tak pernah miss. Tiap kali nak exam mesti mak dgn ayah baca yasin, baca Quran. Setiap paper aku nak exam mesti mak ayah semayang hajat. Masa nak SPM anak2 dia, mak dengan ayah siap khatam satu Quran. Abang2 dgn kakak2 aku nak pi interview pun sama. Dulu aku sendiri tengok sejadah dengan Quran dalam pejabat ayah. Abang2 aku nak periksa, ayah dah standby sejadah dgn Quran dah.
Mak memang kuat. Sabaq, tabah.... mengadap perangai anak2 dia 5 orang. Dari kecik sampai besaq. Pesan mak.. "semayang la selalu, tu saja mak mintak, doa angpa anak2 mak. tu saja bekal buat mak". Cukup la air mata mak buat aku. Dah banyak dosa aku kat mak. Setitis air mata ibu, dosa yang kita tanggung ni, cuma tuhan yang tau. Biaq la mak nak menitis air mata tengok aku berjaya sudah la. Kecik2 dulu mak mandikan aku. Dah masuk sekolah rendah mak ajaq aku basuh baju, lipat baju, seterika baju. Mak kata senang berdikari. Nanti nak masuk asrama senang. Mesti dah tau buat semua benda. Tengok masuk tingkatan satu betoi duk asrama. Mula2 sekolah agama yan, ayah seronok sangat. Anak2 dia form 1 mesti masuk sekolah agama. tapi bila dapat tawaran MRSM, abang aku support sungguh2. Sampai ayah aku pun setuju. Jauh, Gerik. Aku baru form 1. Baligh pun belum. Jauh gila. Jalan nak pi sekolah pun boleh buat bang teh dengan adik aku muntah2. Seronok tengok mak dengan ayah masa tu. Walaupn kena keluaq duit banyak nak register sekolah tu, ayah tetap seronok. Siap bawak tok wan aku la masa register. Itu la last aku rasa tok wan aku jalan jauh pun. Ayah memang baik. Ayah selalu pesan hormat orang tua2. Tengok ayah jaga tok dengan tok wan, buat aku hormat mak dengan ayah aku lebih lagi.
Ayah kalau call aku mesti time dia kat pejabat, tgh keja, nak pi mesyuarat koperasi, kat bank. Bila besaq sikit baru aku perasan. Aku kalau bz sikit, dunia pun xingat. Tapi ayah nak mesyuarat pun boleh call anak2 dia lagi. Nanti bila ada anak sendiri baru terasa kot. Tengok abang aku yang gila bola pun slow down bila da ada family. Dulu aku ingat, ayah selalu bawak kami pi tengok bola. Darah bola tu mmg ada dalam semua anak laki dia. Aku ingat lagi ayah bawak pi stadium merdeka tengok sapa lawan pun aku xingat. Lepas tu bawak rombongan pi tengok final Kedah dengan Singapura. Time tu ayah bendahari KEPDA. Aku kecik lagi, masuk stadium pun selit2 xdak tiket pun. Paling seronok masa adik aku kecik lagi. Semua siap berlakon lagi kluaq rumah sebab xbagi dia ikut. Aku dengan abang aku siap keluaq ikut pintu belakang lagi. Tapi aku xingat bila last ayah bawak kami pi tengok bola n macam mana ayah bleh stop pi tengok bola.
Masa kecik paling best bila bulan posa. Ayah meniaga air tebu. Best sangat. Pagi ayah dgn abang aku duk cuci tebu kat belakang rumah. Petang kami pi meniaga ramai2 kat bazar ramadan. Seronok. Sampai la ayah juai mesin tebu tu kat sapa tak tau. Lagi pun time tu abang2 aku dah belajaq kat asrama dah.
Hurm... bestnya masa kecik2. Memang seronok. Aku jarang post guna bahasa melayu. tapi kali ni ada exclusion sebab aku mmg rindu family. Orang nak kata aku homesick ka, manja ka, go to hell la. Aku ada family, family aku best. Dari kecik sampai besaq best. Lawan wrestling sampai patah katil. Terpengaruh WCW sampai adik aku patah gigi kena wrestling dengan abang aku. : hanip, ang kalo xhensem ang claim kat bang teh. dia bagi gigi ang patah kecik2 dulu. : aku pnah eksiden sampai kepala berdarah. bang teh aku jugak yang bawak. seronok bila pikiaq2 balik. 5 beradik, 4 lelaki. Cuma mak ayah aku boleh handle. Main bola dalam rumah sampai pecah cermin baru berenti. Tapi dulu kan? Bila lagi la..... Tapi skang ni kalau cucu2 bagi pecah pasu, tok dengan tok wan mana marah. hahaha pak ngah, pak teh, pak su, pak tam, mak long la yang duk kena marah. "Pak su ni duk biaq ariff/eiman main sampai pecah pasu tok..." hahahaha
I miss my family. I luv my family.
Since i still have my parent, I would like to tell the world that i love my parent so much. They are the greatest parent in this world.
What a happy life.... Hidup biar sederhana, tapi ada life!
Welcome!
I am KayKaySaja. I am weird. This is a non academic, non work page. Surf at your own risk. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog! Welcome to my blog!
Followers
Blogroll
- afdlin shauki
- afiq adham
- ahmad faidhi
- cikai yang chick-kai
- gomez simpulmati
- gomez012
- kodin @ konyet
- marina mahathir
- mimmie yang chomel
- mizz shima
- mohd farhan
- norman hakim baru
- nurul a'ain rainbow
- nurul amanina
- pak ngah yang hawaq
- puan rozi supervisorku
- rizal it
- salbiah mansor
- scarlet hasliman
- shafique stomach say hello
- sham barber
- tekong flavertmedia
- unfriendly idyanie-hood
- yameen yunus
- yasmin ahmad
- zahir radzali bisa nggak bisa
0 comments:
Post a Comment