KayKaySaja

My Heart Says

ad

Saya sokong lesen judi bolasepak!!!!

Saya dengan hati terbuka menyokong usul kerajaan untuk meluluskan lesen judi bolasepak.

Yes, ini pandangan saya. Ok, jangan jadi orang bodoh dengan dengan mengkafirkan aku atau menjahilkan aku. Orang waras mesti berfikir sebelum bertindak. Orang yang taksub dan mengkhinzir buta it bodoh.

Aku nak tulis pasal benda ini so orang boleh baca "Betting - on the other side".

Tahukah anda???
Industri Pertaruhan Bola Sepak berlesen mencatatkan keuntungan kira2 US$2 Billion ketika Piala Dunia 2006 di Germany.
Pertaruhan Bola Sepak tanpa lesen dianggarkan meraih hampir US$100 Billion sepanjang Piala Dunia 2006. Dan industri pertaruhan haram ini mampu meraih US$1.3 Billion pada setiap hujung minggu perlawanan Liga di Eropah. Oh ya, dan bookie2 haram ini majoritinya berpengkalan dia Asia. (Asia Tenggara khasnya).

Ketika musim Liga rancak di Eropah, sebanyak RM70 juta mengalir keluar dari negara kita dalam masa 2 bulan hanya kerana kaki judi ini memilih untuk berjudi di talian (online betting).

Tahukah anda apakah kesan pengaliran keluar ringgit sebegini kepada ekonomi negara? pengaliran ringgit dalam pasaran matawang antarabangsa akan mengakibatkan susut nilai ringgit yang akan mengundang musibah kepada ekonomi negara. Sudah terlalu banyak ringgit mengalir keluar dari negara kita dek kerana lambakan pendatang asing yang tak pernah berkurangan. Saban tahun berbilion ringgit mengalir ke Indonesia, Bangladesh, Nepal, China dan negara lain. Orang akan cakap, kerajaan perlu tangani masalah ini! Poorah!!! Tanya mat gian bawah jambatan pun tak mau kerja angkat bata bina bangunan. Nak salahkan sapa?

Apa masalah lesen judi? Isu Moral? "Semua agama melarang berjudi".
Islam mengharamkan judi. So lesen ini tidak akan mendatangkan kesan kepada umat Islam. Nak tanya sikit, kalau anda terlihat seorang berpakaian baju melayu di kedai sport TOTO, apa tindakan anda? Geleng kepala? Ambil gambar, pos kat fesbuk, komen ramai2? Report Polis? Cekup mamat tu dan pukul beramai2? Tarik mamat tu dan suruh dia bertaubat dengan segera? atau tanya mamat tu apa nombor luck hari ini?

Jadi, dengan adanya lesen pertaruhan, kita dapat mengawal berbilion ringgit dari mengalir keluar negara. Kerajaan dapat mencegah penipuan melalui illegal online betting. Kenakan cukai yang tinggi untuk pemilik lesen itu. Hasil cukai itu disalurkan kembali untuk pembangunan bola sepak tempatan yang macam hidup segan mati tak mahu. Sebab apa? Sebab kurang sponsor la... apa la... (dah kaki bangku macam2 alasan pulak). Guna untuk pembangunan rakyat!

Kos untuk mengendalikan sebuah pasukan liga super melebihi RM 1 juta. Tahukah anda, sebahagian dari kos ini ditampung oleh dana FAM. Kan bagus dana itu diperuntukkan untuk pembangunan bola sepak pelapis.

Sekali lagi aku ulang, yang tergedik2 berpiket anti judi tu mostly Islam. Berapa ramai penyokong DAP, MCA, MIC yang bersorak anti judi? Berarak membantah judi? Aku tak cakap non muslim ni sokong judi, tapi mereka tak pula turut riuh berarak membantah lesen judi.

Alasan: Kerajaan bagi lesen judi = kerajaan judi! Ulama parti itu pun judi!

WTH??? Dan aku nak tegaskan, kelulusan lesen judi itu bukannya bermaksud menghalalkan judi! Tidak akan ada logo "Dijamin Halal" oleh Jakim dalam resit judi itu nanti. Kerana lesen judi itu tidak akan mengubah hukum haram berjudi. Jadi, lesen judi tidak ada kaitan dengan halalnya judi. Lesen judi itu membolehkan orang yang bertaruh secara haram selama ini boleh bertaruh di dalam negara. Orang Islam tetap diharamkan berjudi. Tidak ada kaitan dengan kesucian Islam. Islam tetap suci.

Awak yang bising mengkafirkan dan menjahilkan orang yang menyokong lesen betting ni ada buat pinjaman? pinjaman islamik ka konvensional? konvensional kan riba? haram atau tidak? Ada beli insurans? islamik ka konvensional?Islam itu agama yang mudah. Janganlah memperjudikan agama dengan nama politik secara membuta tuli.

Kepada yang telah berjudi, gunakanlah cara yang sah dari segi undang2 kerana online betting akan memusnahkan ekonomi negara.

Alasan: kita tak mahu ada budaya judi bola. tak mahu anak2 muda terdedah dengan judi bola.

Are you living in the real world? Awak baca berita bola kat berita harian/metro/harakah/sinar/suara keadilan/utusan saja ka? Come on, everytime bukak soccernet, skysports, espn, the sun, namakelabbola.com pun, bersepah2 promosi betting yang wujud. Jadi ia bukan persoalan pendedahan lagi. Dunia terbuka di luar sana. Didik lah anak2 anda betapa jijiknya perbuatan berjudi. Pantau anak2 anda. Sudikah anda memantau anak2 sendiri?

Kalau Najib announce "saya luluskan lesen judi, dan hasil cukai judi ini akan digunakan untuk membiaya pembelian konsesi lebuhraya. jadi kita berharap tiada lagi tol di lebuh raya"
Pergh... konpem orang beratur sokong punya. ahahahaha tapi jangan risau, tetap ada golongan yang suka berarak di tengah kuala lumpur. (boleh amek gambar letak dalam fesbuk "perjuangan mesti diteruskan" poorah).

Tugas kerajaan membangunkan negara bukan bererti kerajaan perlu spend duit beli beras dan suapkan kepada semua rakyat. Pembangunan perlu pelaburan bagi memastikan negara mempunyai pendapatan berterusan.

Hapuskan rasuah!!! Hapuskan kebocoran wang negara.

BELIA BENCI POLITIK SENSASI!!!!!!

Jangan jadikan politik candu rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

Inilahh pemimpin masa depan, demokratik tak boleh kritik,

hantam saja asal masyuk,

ada duit kerja jalan,

masuk waktu solat,
bulan posa - posa,
ada duit pegi haji,
apa lagi ek

hidup melayu baru ( half+half is equals one )

kaykay said...

Terima kasih... kritiklah saya :D

ad

Followers